Mar 18, 2011

khamis malam jumaat

salam jumaat..
cewahh,tajuk entry macam best je kan.takda lah,tadi sebelum balik i ada tengok tv3,al-kuliyyaah,alhamdulillah.:).tajuk ceramah best,pasal remaja,temanku remaja kalau tak salah.masa i tengok je,ustaz tu open story pasal berubah.yes,berubah,perubahan.ustaz tu kata,ada 5H untuk kite pegang kalau nak berubah.i?alhamdulillah i dah ada perubahan,dari i tak berhijab,now,i dah berhijab.so,5H tu:

1.Hati-ok,hati kena kuat,jangan mulut je cakap nak berubah,tapi hati?kejap nak,kejap tak nak.

2.Hampiri orang orang yang positive-bak kata ustaz tu,cari la kawan yang boleh membimbing kamu,bukan kawan yang merosakkan kamu.

3.Hindari orang yang negative - kalau boleh,hindarkan diri tu dari berkawan dengan orang yang berperangai negative,i mean,bukan tak boleeh nak kawan,tapi yang mana baik,kita ikut,yang mana buruk,kita tegur,jangan ikut.

4.Hajat-matlamat,kita mesti ada satu benda yang kita nak achive kan,macam kalau kita nak beli nak beli something yang memang kita nak,so,mesti kita usaha bersungguh sungguh kan untuk capai apa yang kita nak tu,sama jugak kalau kita nak berubah,sampai tahap mana kita nak berubah,nak berubah sikit sikit ke,banyak ke.yang penting mesti ada matlamat.

5.Hijrah - last but not least,of course la kita kena berhijrah,dari yang buruk kepada yang baik kan.jangan pulak dari elok baik nya,sopan santu tiba tiba nak berhijrah jadi nakal pulak.tu bukan berhijrah tu.

so,tu la antara 5H yang kita perlu ingat kalau kita nak berubah.jangan nak hangat hangat taik ayam je,kalau tak boleh nak berubah secara mendadak,buat sikit sikit,macam sikit sikit lama lama jadi bukit.kan,yang penting hati kena kuat.tu je.

No comments:

Post a Comment